Isnin, 12 Julai 2021

Sinopsis Cerekarama TV3 Makbul Lakonan Liza Abdullah, Aedy Ashraf

Drama ini sebenarnya dah main dah tahun 2020 sebelum ni. Ini kira ulangan ajelah. Sedih juga bila tengok Ikbal pergi sendiri berjumpa dengan kedua ibu bapa arwah Hafiz tu untuk meminta maaf. Ingatkan selepas tu dia menyerah diri ke apa rupanya tak. Kesian pula dekat dia. Punyalah percaya dekat kawannya tu tup-tup kawan dia itulah sebenarnya yang membocorkan segala-galanya. 


Semuanya gara-gara nak tunjuk hebat. 


Sinopsis Cerekarama TV3 Makbul Lakonan Liza Abdullah, Aedy Ashraf

Mengisahkan tentang makbulnya doa seorang ibu. Tercari-cari siapa sebenarnya yang telah melanggar anak bongsunya sehingga meninggal.


Ikbal (Aedy Ashraf), yang sedang berlumba kereta bersama kawan-kawannya  secara tidak sengaja telah melanggar dan menyebabkan kematian Hafiz, anak saudara salah seorang kawan ibunya. Kerana panik dan takut dia terus melarikan diri untuk mendapatkan kawan-kawannya. Atas nasihat salah seorang kawannya, perkara itu dirahsiakan tanpa pengetahuannya kawannya itu sebenarnya telah merakam semua aksinya semasa insiden itu berlaku. Selepas kejadian itu juga, Ikbal selalu dihantui peristiwa insiden itu. 

Telefilem Cerekarama Makbul TV3


Perkhabaran duga yang menimpa Hafiz keesokan harinya disambut penuh duka oleh keluarganya lebih-lebih lagi ibunya. Abangnya yang tidak tertahan melihat ibunya bersedih setiap hari selepas pemergian adiknya dan rasa bersalahnya tidak menunaikan permintaan ibunya untuk keluar mencari adiknya malam itu menyebabkan dia nekad mencari siapa sebenarnya yang telah melanggar adiknya.  


Atas bantuan kawan Ikbal yang menyalurkan maklumat dan rakaman video yang tular semasa insiden akhirnya menyebabkan Ikbal terpaksa berterus-terang dengan ibunya. Walaupun sedih tetapi ibunya tidak sanggup membiarkan Ikbal meringkuk dalam penjara. Dia meminta anaknya itu menyembunyikan diri.


Dalam perjalanan untuk bersembunyi, Ikbal sempat juga pergi berjumpa mak dan ayah arwah Hafiz untuk memohon maaf dan menerangkan apa sebenarnya yang berlaku malam kejadian selepas dia terpandang posting yang disiarkan abang arwah tu di laman sosial.


Camtulah kot jalan ceritanya lebih kurang.. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih 😍