Sabtu, 26 Jun 2021

Kenapa kena minum air kosong banyak ??

Panasnya cuaca sekarang ni. Nak-nak pula bila dah menghala ke tengahari macam sekarang ni. Berbahang dan berpeluh-peluh je. Dapat minum air kosong terus aje segar.


Kenapa kena minum air kosong banyak ?? 

Terfikir tak kenapa kita kena minum air kosong aka air putih secukupnya ??  Paling sikit pun 8 gelas sehari. Banyak juga tu kalau air kosong aje 8 gelas tapi kalau campur-campur sekali dengan air manis tak boleh ke? 

Tanda-tanda kurang air dalam badan


Boleh aje kot tapi seeloknya biarlah air kosong itu lebih banyak sebabnya tubuh badan kita memang memerlukan air untuk proses hidrasi  bagi menyingkirkan toksin dalam badan, membantu penghadaman, menyegarkan kulit, menyihatkan otot serta membantu mengurangkan pengambilan kalori. Sebab itu kalau kita perasan kita terasa kenyang dan segar aje setiap kali selepas minum air kosong. 


Kesan kekurangan air kosong

Kekurangan air kosong boleh menyebabkan badan kita letih, lesu, tak berupaya, mengantuk  sehingga boleh menyebabkan masalah lain pula yang timbul kerana tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan normal (dehidrasi) tetapi kalau terlebih ia akan disingkirkan melalui peluh, pernafasan ataupun air kencing.  Antara tanda-tanda kekurangan air dalam badan adalah :

-> Kulit kering / bersisik

-> kering tekak

-> mulut kering

-> pening kepala

-> sembelit

-> kurang buang air

-> air kencing keruh


Kesan terlebih air kosong

Tapi jika terlebih minum air pun tak boleh juga! Boleh menyebabkan buah pinggang rosak.


Sebab itu jugalah kita disarankan untuk minum air secukupnya nak-nak dengan cuaca panas sekarang ni.

2 ulasan:

Terima kasih 😍