Khamis, 24 November 2022

Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog

Hii, assalammualaikum..

Jom support GA ni. Syaratnya mudah je tau. Nak join boleh klik banner bawah ni.


Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog


Bermula 17/11/2022 sehingga 30/11/2022.  Keputusan akan diumumkan pada 1 Disember. 

3 pemenang akan dipilih secara undian rawak dan akan menerima: 

 - 1 kotak misteri! 

- Backlink dalam setiap entry yang akan SR post sepanjang bulan Disember 2022 ini! 



Selasa, 15 November 2022

Jeruk Viral Cherang

Kalau dah namanya Viral. Tak cuba memang tak sahlah. Apatah lagi kitanya pun hantu bab-bab jeruk..colek buah ni.

Sebenarnya kita tak tahu pun pasal jeruk viral ni sehinggalah adik dekat terengganu tu bagitau. Kebetulan member dia yang kirim. So, dapatlah merasa benda viral dekat tiktok ni.


Jeruk Viral Cherang 

Ok jugalah jeruk viral ni. Cair sikit dan rasanya pun tak adalah manis macam jeruk yang di masukkan ibu jeruk tu. Sedang-sedang je. Budak-budak pun boleh makan.

Apa yang  special rasanya mungkin jeruk buah ni tak masuk ibu jeruk. Itu yang kuahnya cair tak pekat macam jeruk yang pernah kita makan sebelum ini. 

Tapi kalau ikut selera kita memang ok jugalah Jeruk Viral Cherang ni. Kalau tak mana korang sanggup beratur panjang-panjang tu kan.


Harga 

Boleh campur-campur ataupun boleh pilih jeruk mana yang kita nak. Sebungkus camni cuma rm10. So, dapatlah semangkuk jeruknya.

Macam yang kita bagi tau dari segi rasa tu, ok bolehlah. Cuma kalau nak lagi sedap kena tambah cabai burung sikit kot. Bagi ada rasa pedas-pedas sikit tapi bagi korang yang tak suka pedas mungkin dah ok sangat dah rasa jeruk buah ni.

Kuah ianya cair sikit tak macam kebanyakkan jeruk yang kita pernah cuba ataupun makan sebelum ini. Kuah ataupun air jeruknya pun boleh diminum camtu je. Sedap juga nak-nak bila sejuk-sejuk keluar dari peti ais tu. Mungkin ini juga yang special pada jeruk legend Cherang ini. Dihasilkan tanpa menggunakan ibu jeruk ataupun  bahan pengawet. So, rasa jeruknya pun macam biasa ajelah, memang tak terasa di anak tekak pun. 


Bila dah campur-campur  camtu, kita suka buah nenas tu. Mungkin sebab ia masih fresh lagi kot. 
Lagi satu, walaupun ianya tak disimpan dalam peti ais semalaman, rasanya masih lagi ok dan masih lagi elok. Tapi tak taulah perut korang macamana kan.

Lokasi Jeruk Viral Cherang 

Lokasinya ke dalam sikit berdekatan dengan masjid Cherang.  Tapi jangan risau, setiap laluan ianya mempunyai sign board. So, takde lah terkial-jual sangat nak mencarinya tu kan

















Ahad, 13 November 2022

Menang Top Commentator bulan Oktober Jurnal Shikin Razali

Alhamdulillah, terima kasih sis kerana memilih kita sebagai pemenang top commentator untuk bulan Oktober ni. 


Kita happy sangat. Siapa tak happy bila dah terpilih kan .. lagi happy bila dapat hadiah gitu.


Menang Top Commentator bulan Oktober Jurnal Shikin Razali

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Sebenarnya kita dah terima parcel ni dah lama dah. Hujung bulan hari tu cumanya sekarang baru sempat nak up dekat sini.

Kita suka sangat tau gift ni. Memang cute sangat-sangat tau. Tak percaya haaa meh sini kita tunjukkan satu-satu. Yang pasti gerenti buat korang cemburu punya la 😁


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Lawa aje warnanya tu. So sweet sangat 😍😍

Stokin ! Dah rasmi dah.. kebetulan anak buah seorang tu tak sihat. Apa lagi kan


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Comel sangat ! Sayang pula nak guna

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Getah dan klip rambut 

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

So, jika korang nak juga dapatkan gift cantik camni. Jangan lupa singgah shikinrazali.com dan jangan lupa tinggalkan jejak korang dekat situ ✌