Selasa, 31 Ogos 2021

Negaraku | Selamat Hari Kebangsaan

Alhamdulillah, sekali lagi kita semua berpeluang untuk sama-sama meraikan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-64. Walaupun dalam suasana normal baru yang serba sederhana tanpa apa-apa persembahan ataupun perarakan ianya tidak sama sekali mematahkan semangat kita untuk sama-sama meraikannya dengan cara kita sendiri. 


Negaraku | Selamat Hari Kebangsaan

Selamat Hari Merdeka

Masih lagi mengekalkan tema Malaysia Prihatin sebagai tanda keprihatinan kita dalam usaha memerangi wabak Covid-19. In Shaa Allah, semoga usaha kita memerangi wabak ini akan berjaya dan semoga negara kita akan terus aman, damai, harmoni dan bersatu hati sentiasa. Aamiin


Malaysia Prihatin


Teruslah berkibar jalur gemilangku ! Semoga terus megah di angkasa raya. 


Lambang Logo & Tema Malaysia Prihatin

Lambang Logo & Tema Malaysia Prihatin




Isnin, 19 Julai 2021

Selamat menyambut hari raya Aidiladha

 Selamat menyambut hari raya Aidiladha

Esok dah raya dah kita. Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua. Semoga setiap pengorbanan yang kita lakukan mendapat keberkatan dari-Nya. In Shaa Allah, Aamiin


Selamat menyambut hari raya Aidiladha

Beraya cara kita lagilah kali ini. Tak dapat berkumpul ramai-ramai lagi. Tak dapat ziarah menziarahi lagi. Tak dapat nak peluk cium juga lagi. Sedih ! siapa yang tak sedih bertambah sedih lagi sekiranya kita terpaksa beraya sorang-sorang. Teruskan bersabar dan patuhi SOP yang ditetapkan. In Shaa Allah, semoga kita semua mampu harungi dugaan ini bersama-sama. Aamiin



Makin hari semakin sempoi sambutan raya kita ni. Jika sebelum Covid-19 ini melanda masa-masa camni masing-masing diantara kita memang sibuk la. Nak-nak pula diatas jalan raya tu. Memang bertali arus la tak putus-putus kenderaannya. Setiap rumah pun ketika ini memang masih kecoh lagi la dengan segala macam kerenah. Tapi sekarang sunyi dah walaupun siang tadi memang boleh dikatakan jammed jugalah jalan raya area Pengkalan Chepa ni. Nak -nak pula dekat pasar tu. Berebut masing-masing untuk dapatkan bahan mentah untuk menu esok agaknya.


Esok tu rumah siapa buat korban yer??   






Rabu, 14 Julai 2021

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin Lakonan Bekas Atlet Bowling Syaidatul Afifah, Elisya Sandra, Fify Azmi, Lisdawati, Nazim Othman

Dah beberapa episode dah terlepas drama ni. Suka sangat layan drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ni. Ia mengetengahkan semangat pemain bowling selain turut menampilkan bekas atlet sukan itu sendiri iaitu, Syaidatul Afifah. Nampak sempoi je dia main tapi dalam drama ni dia berlagak sikit. 


Selain dibintangi bekas atlet bowling, drama ini juga dibintangi oleh  Elisya Sandra, Nazim Othman, Fify Azmi, Lisdawati, Dato'  Sri Eizlan Yusof dan ramai lagi. 


Ratu bowling

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin Lakonan Bekas Atlet Bowling Syaidatul Afifah, Elisya Sandra, Fify Azmi, Lisdawati, Nazim Othman

Mengisahkan tentang tiga wanita muda yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza yang mengejar gelaran Ratu Tenpin Negara. Walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah, zaman kanak-kanak Norma (Elisya Sandra) penuh dengan botol kaca kosong dan buah kelapa yang dijadikan sebagai alat permainan bowling. Disebabkan selalu dan pandai bermain bowling, dia dikenali sebagai pemain bowling yang sangat berbakat di kalangan kawan-kawannya di kampung. Apabila sudah dewasa, dia berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur bersama sahabat baiknya untuk membantu keluarga dalam menampung perbelanjaan di kampung. Nasibnya berubah apabila dia menjejakkan kaki buat pertama kalinya di pusat permainan bowling. Bakatnya dikesan oleh pemilik pusat bowling dan bermula saat itu dia dilatih di situ. Tetapi minatnya itu tidak dipersetujui ayah dan abangnya di kampung kerana beranggapan ianya cuma membazirkan masa dan menjejaskan minatnya untuk menyambung pelajaran.


 Reesz (Fify Azmi) pula datang dari keluarga sederhana, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebagai anak perempuan bekas juara bowling, Maznah (Lisdawati) menaruh harapan tinggi agar Reesz dapat mengikuti jejak langkahnya. Dapat meneruskan legasinya dalam sukan bowling. Namun, Reesz lebih berminat dalam bidang reka bentuk grafik dan permainan mudah alih. Di rumah, Reesz berhadapan dengan keganasan rumah tangga apabila bapanya masih lagi tidak dapat menerima hobi ibunya dalam sukan bowling sehingga merasakan dirinya diabai. Pergaduhan itu berlarutan sehingga melibatkan penderaan fizikal.


Untuk mengembirakan ibunya, Reesz membuat keputusan untuk belajar bermain bowling. Semenjak pemergian ibunya, dia tidak lagi dilatih secara tektikal oleh ibunya yang meninggal dunia disebabkan pertumbuhan.  Segalateknik dan skill yang terakam dan ditinggalkan ibunya dalam buku nota dan video diguna sebaiknya untuk memudahkannya berlatih. 


Manakala Sandra ( Syaidatul Afifah) pula dilatih secara profesional. Berbanding yang lain, dia mempunyai pengalaman yang paling banyak  dan pernah memenangi kejohanan boling bawah umur peringkat kebangsaan.


Dibesarkan dalam gaya hidup serba mewah, sudah terbiasa mendapatkan apa yang diinginkan. Dia merasakan yang dia berhak dipilih untuk skuad kebangsaan walaupun prestasinya tidak konsisten. Sikap yang besar kepala dan mempunyai agendanya yang tersembunyi boleh menjadi halangan serta merosakkan prestasinya dalam skuad kebangsaan.


Untuk memenangi gelaran “Ratu Ten Pin Negara” bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Ketiga-tiga mereka perlu bersaing walaupun terpaksa berhadapan dengan konflik dalaman mereka sendiri dalam masa yang sama. 


Nak tahu siapakah yang berjaya menyandang gelaran juara ten pin kebangsaan ni kenalah tengok drama 16 episode ni yer


Isnin, 12 Julai 2021

Sinopsis Cerekarama TV3 Makbul Lakonan Liza Abdullah, Aedy Ashraf

Drama ini sebenarnya dah main dah tahun 2020 sebelum ni. Ini kira ulangan ajelah. Sedih juga bila tengok Ikbal pergi sendiri berjumpa dengan kedua ibu bapa arwah Hafiz tu untuk meminta maaf. Ingatkan selepas tu dia menyerah diri ke apa rupanya tak. Kesian pula dekat dia. Punyalah percaya dekat kawannya tu tup-tup kawan dia itulah sebenarnya yang membocorkan segala-galanya. 


Semuanya gara-gara nak tunjuk hebat. 


Sinopsis Cerekarama TV3 Makbul Lakonan Liza Abdullah, Aedy Ashraf

Mengisahkan tentang makbulnya doa seorang ibu. Tercari-cari siapa sebenarnya yang telah melanggar anak bongsunya sehingga meninggal.


Ikbal (Aedy Ashraf), yang sedang berlumba kereta bersama kawan-kawannya  secara tidak sengaja telah melanggar dan menyebabkan kematian Hafiz, anak saudara salah seorang kawan ibunya. Kerana panik dan takut dia terus melarikan diri untuk mendapatkan kawan-kawannya. Atas nasihat salah seorang kawannya, perkara itu dirahsiakan tanpa pengetahuannya kawannya itu sebenarnya telah merakam semua aksinya semasa insiden itu berlaku. Selepas kejadian itu juga, Ikbal selalu dihantui peristiwa insiden itu. 

Telefilem Cerekarama Makbul TV3


Perkhabaran duga yang menimpa Hafiz keesokan harinya disambut penuh duka oleh keluarganya lebih-lebih lagi ibunya. Abangnya yang tidak tertahan melihat ibunya bersedih setiap hari selepas pemergian adiknya dan rasa bersalahnya tidak menunaikan permintaan ibunya untuk keluar mencari adiknya malam itu menyebabkan dia nekad mencari siapa sebenarnya yang telah melanggar adiknya.  


Atas bantuan kawan Ikbal yang menyalurkan maklumat dan rakaman video yang tular semasa insiden akhirnya menyebabkan Ikbal terpaksa berterus-terang dengan ibunya. Walaupun sedih tetapi ibunya tidak sanggup membiarkan Ikbal meringkuk dalam penjara. Dia meminta anaknya itu menyembunyikan diri.


Dalam perjalanan untuk bersembunyi, Ikbal sempat juga pergi berjumpa mak dan ayah arwah Hafiz untuk memohon maaf dan menerangkan apa sebenarnya yang berlaku malam kejadian selepas dia terpandang posting yang disiarkan abang arwah tu di laman sosial.


Camtulah kot jalan ceritanya lebih kurang.. 


Sabtu, 26 Jun 2021

Kenapa kena minum air kosong banyak ??

Panasnya cuaca sekarang ni. Nak-nak pula bila dah menghala ke tengahari macam sekarang ni. Berbahang dan berpeluh-peluh je. Dapat minum air kosong terus aje segar.


Kenapa kena minum air kosong banyak ?? 

Terfikir tak kenapa kita kena minum air kosong aka air putih secukupnya ??  Paling sikit pun 8 gelas sehari. Banyak juga tu kalau air kosong aje 8 gelas tapi kalau campur-campur sekali dengan air manis tak boleh ke? 

Tanda-tanda kurang air dalam badan


Boleh aje kot tapi seeloknya biarlah air kosong itu lebih banyak sebabnya tubuh badan kita memang memerlukan air untuk proses hidrasi  bagi menyingkirkan toksin dalam badan, membantu penghadaman, menyegarkan kulit, menyihatkan otot serta membantu mengurangkan pengambilan kalori. Sebab itu kalau kita perasan kita terasa kenyang dan segar aje setiap kali selepas minum air kosong. 


Kesan kekurangan air kosong

Kekurangan air kosong boleh menyebabkan badan kita letih, lesu, tak berupaya, mengantuk  sehingga boleh menyebabkan masalah lain pula yang timbul kerana tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan normal (dehidrasi) tetapi kalau terlebih ia akan disingkirkan melalui peluh, pernafasan ataupun air kencing.  Antara tanda-tanda kekurangan air dalam badan adalah :

-> Kulit kering / bersisik

-> kering tekak

-> mulut kering

-> pening kepala

-> sembelit

-> kurang buang air

-> air kencing keruh


Kesan terlebih air kosong

Tapi jika terlebih minum air pun tak boleh juga! Boleh menyebabkan buah pinggang rosak.


Sebab itu jugalah kita disarankan untuk minum air secukupnya nak-nak dengan cuaca panas sekarang ni.

Sabtu, 19 Jun 2021

SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST

 Jom korang join 

SEGMEN : JOM REFRESH BLOGLIST


Mudah aje syaratnya pun. Nak join jangan lupa klik banner atas ni yer



Lipat Baju Biar Cepat Jangan Sepah

Dah 2/3 hari kain ni melongok kat sini. Terasa macam baru aje lagi lipat, ini dah ada lagi. Adoii kan dibiarkan makin banyak pula. Sementara budak kecil berdua ni asyik lagi bermain kita cepat-cepat siapkan sesi melipat ini dulu.  Nantikan dibuat datang si Abam tu habis ditariknya nak-nak kita pun bukannya rajin ni. 


Lipat Baju Pantas Cepat Kemas


Lipat Baju Biar Cepat Jangan Sepah

Basuh baju, jemur baju, lipat baju dan masukkan baju dalam almari 

Antara basuh baju, jemur baju, lipat baju dan juga kemaskan baju dalam almari mana satu yang korang suka?? Walaupun boleh dikatakan semua tu kita tak suka tapi bab melipat inilah yang paling malas nak buat sebenarnya. Yang paling best jemur..dapat libas-libas sikit hehe seronok aje muka terkena tempias air daripada kain yang nak dijemur tu.  


Satu lagi yang kita suka adalah tidur atas longgokan kain yang baru diangkat ni. Tah terasa macam best aje. Itu juga yang menjadikan kita suka jemur bantal, selimut, toto ni diatas jendela. Memang lena betullah tidur. Habuk pun takde..