Ahad, 20 Februari 2022

Segmen Giveaway Sii Nurul

 Jom cuba nasib GA Siinurul jom !!

Nak join klik je banner bawah ni. Syaratnya pun mudah je

 



Sabtu, 19 Februari 2022

Keluarga terdekat disahkan positif covid-19

Dalam masa tak sampai seminggu, kejutan demi kejutan yang kita diterima. Dengan pertambahan kes setiap hari yang makin meningkat. Dan sekali lagi kot 'Negeri Cik Siti Wan Kembang' menjadi sebutan ramai gara-gara peningkatkan jumlah kes yang direkodkannya. Nak buat macamana kan .. #taktaunakkomendah 


Dapat berita ramai keluarga dan kawan-kawan rapat yang positif covid-19 ! Semoga semua urusan dipermudahkan dan semoga semuanya cepat sembuh. Aamiin 


Keluarga terdekat disahkan positif covid-19 

Belum pun reda lagi kejutan sepupu depan rumah ni didapati positif dan keluarganya  pun masih lagi dalam kuarantin. Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita mak saudara sekeluarga sebelah rumah ni pula ! Setakat ni, tinggal 2 beranak ajelah yang masih negatif.  Yang lain semua dah positif. Allahuakbar, semoga semuanya kuat dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin


Bila dah jadi camni, memang tak dinafikan masing-masing memang akan paniklah. Mulalah risau dan-dan jugalah  terasa sakit kepala, pening, tak sihat nak demam bagai. Nak-nak pula kawasan sini bukannya luas mana. Rumah pun walaupun tak berhimpit tapi sebelah menyebelah jugalah. Selalu jugalah ke sana ke mari.

Kuarantin Kendiri


Kuarantin Kendiri 

Sebaknya rasa bila melihat video mak saudara seorang ni terpaksa dibawa ke pusat kuarantin.  Jika sebelum ini kita melihat orang lain dibawa pergi sudah terasa sayu. Inikan pula ianya terjadi pada keluarga kita sendiri. Hanya Dia yang tahu beratnya rasa dalam dada ni.Walaupun dah nyata dekat sana sah-sah kesihatannya akan dipantau oleh pakar perubatan. Semoga semuanya terkawal dan semoga dia cepat sembuh. Aamiin


Apapun fikir yang baik-baik je. Dalam kita berhati-hati dan berwaspada mengelak semampu yang boleh. Percaturan Dia sahajalah yang terbaik. Hanya Dia yang mengetahui segalanya. 


Kuarantin Kendiri  | Jangan pentingkan diri sendiri 

Pada korang yang dekat luar sana, sama-samalah kita jaga diri sendiri. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Usahakanlah untuk kuarantin kendiri sekiranya bergejala ataupun menjadi kontak rapat siapa-siapa yang disahkan positif. Janganlah keluar ke mana-mana walaupun kerajaan dah keluarkan kenyataan untuk fasa pertama, tiada lagi kuarantin kendiri untuk kontak rapat kepada semua petugas kesihatan mulai 15 Februari. 


Kalau bukan kita yang sama-sama mencegahnya siapa lagi. Betul tak