Sabtu, 16 April 2022

Scan Mysejahtera Tak Payah On Data Internet

Tak ada data internet ataupun wifi pun boleh scan mysejahtera. Sekarang ini pergi mana-mana tempat ataupun kedai wajib bawa handphone masing-masing. Nak kena imbas balkode ! 

Scan Mysejahtera Tak Payah On Data Internet atau wifi 

Tak imbas mysejahtera camne nak masuk! Memang tak boleh masuk la nak-nak pula bila nak masuk pasaraya. Kalau sebelum ni boleh juga tumpang mysejahtera orang sebelah adik beradik, suami isteri, ibu ayah tapi sekarang tak boleh dah. Kena sendiri punya. 


Scan Mysejahtera Tak Payah On Data Internet or wifi


Haa jangan tak tahu,  ada sesetengah pasaraya tu minta kita tunjukkan dulu bukti kita dah terima dos lengkap vaksin ni. Tapi yang tak bestnya kalau tiba-tiba handphone jam! Slow lambat nak respon. Terasa berpeluhlah orang asyik pandang kita macam orang bersalah tu.


Lagi berpeluh kalau tiba-tiba data internet tak ada. Nak scan mysejahtera macamana! Buat-buat tipu scan mysejahtera kan dibuatnya nasib tak baik tertangkap lagi haru. 

Biasalah bila guna top-up ni, kadang-kadang tak sedar data dah habis.  Nak guna wifi bukan semua tempat sediakan. Tapi kalau ikutkan kita tak payah gelabah pun nak scan mysejahtera jika data internet ataupun wifi kita tak ada! Boleh je kita scan macam biasa. On macam biasa juga ianya pun.


Tak percaya korang boleh cuba sendiri tapi.. setakat ini takde masalah lagilah nak scan walaupun data internet ataupun tutup wifi kecualilah jika handphone korang mati. Takda bateri !!.  

Tapi ada sesetengah orang bagitau kalau tak boleh scan juga, boleh try tekan simbol kapal terbang. Tapi yang tu kita tak cuba lagi la..