Rabu, 14 Julai 2021

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin Lakonan Bekas Atlet Bowling Syaidatul Afifah, Elisya Sandra, Fify Azmi, Lisdawati, Nazim Othman

Dah beberapa episode dah terlepas drama ni. Suka sangat layan drama terbitan JS Pictures Sdn Bhd ni. Ia mengetengahkan semangat pemain bowling selain turut menampilkan bekas atlet sukan itu sendiri iaitu, Syaidatul Afifah. Nampak sempoi je dia main tapi dalam drama ni dia berlagak sikit. 


Selain dibintangi bekas atlet bowling, drama ini juga dibintangi oleh  Elisya Sandra, Nazim Othman, Fify Azmi, Lisdawati, Dato'  Sri Eizlan Yusof dan ramai lagi. 


Ratu bowling

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin Lakonan Bekas Atlet Bowling Syaidatul Afifah, Elisya Sandra, Fify Azmi, Lisdawati, Nazim Othman

Mengisahkan tentang tiga wanita muda yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza yang mengejar gelaran Ratu Tenpin Negara. Walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah, zaman kanak-kanak Norma (Elisya Sandra) penuh dengan botol kaca kosong dan buah kelapa yang dijadikan sebagai alat permainan bowling. Disebabkan selalu dan pandai bermain bowling, dia dikenali sebagai pemain bowling yang sangat berbakat di kalangan kawan-kawannya di kampung. Apabila sudah dewasa, dia berpindah dan bekerja di Kuala Lumpur bersama sahabat baiknya untuk membantu keluarga dalam menampung perbelanjaan di kampung. Nasibnya berubah apabila dia menjejakkan kaki buat pertama kalinya di pusat permainan bowling. Bakatnya dikesan oleh pemilik pusat bowling dan bermula saat itu dia dilatih di situ. Tetapi minatnya itu tidak dipersetujui ayah dan abangnya di kampung kerana beranggapan ianya cuma membazirkan masa dan menjejaskan minatnya untuk menyambung pelajaran.


 Reesz (Fify Azmi) pula datang dari keluarga sederhana, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebagai anak perempuan bekas juara bowling, Maznah (Lisdawati) menaruh harapan tinggi agar Reesz dapat mengikuti jejak langkahnya. Dapat meneruskan legasinya dalam sukan bowling. Namun, Reesz lebih berminat dalam bidang reka bentuk grafik dan permainan mudah alih. Di rumah, Reesz berhadapan dengan keganasan rumah tangga apabila bapanya masih lagi tidak dapat menerima hobi ibunya dalam sukan bowling sehingga merasakan dirinya diabai. Pergaduhan itu berlarutan sehingga melibatkan penderaan fizikal.


Untuk mengembirakan ibunya, Reesz membuat keputusan untuk belajar bermain bowling. Semenjak pemergian ibunya, dia tidak lagi dilatih secara tektikal oleh ibunya yang meninggal dunia disebabkan pertumbuhan.  Segalateknik dan skill yang terakam dan ditinggalkan ibunya dalam buku nota dan video diguna sebaiknya untuk memudahkannya berlatih. 


Manakala Sandra ( Syaidatul Afifah) pula dilatih secara profesional. Berbanding yang lain, dia mempunyai pengalaman yang paling banyak  dan pernah memenangi kejohanan boling bawah umur peringkat kebangsaan.


Dibesarkan dalam gaya hidup serba mewah, sudah terbiasa mendapatkan apa yang diinginkan. Dia merasakan yang dia berhak dipilih untuk skuad kebangsaan walaupun prestasinya tidak konsisten. Sikap yang besar kepala dan mempunyai agendanya yang tersembunyi boleh menjadi halangan serta merosakkan prestasinya dalam skuad kebangsaan.


Untuk memenangi gelaran “Ratu Ten Pin Negara” bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Ketiga-tiga mereka perlu bersaing walaupun terpaksa berhadapan dengan konflik dalaman mereka sendiri dalam masa yang sama. 


Nak tahu siapakah yang berjaya menyandang gelaran juara ten pin kebangsaan ni kenalah tengok drama 16 episode ni yer


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih 😍