Khamis, 24 November 2022

Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog

Hii, assalammualaikum..

Jom support GA ni. Syaratnya mudah je tau. Nak join boleh klik banner bawah ni.


Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog


Bermula 17/11/2022 sehingga 30/11/2022.  Keputusan akan diumumkan pada 1 Disember. 

3 pemenang akan dipilih secara undian rawak dan akan menerima: 

 - 1 kotak misteri! 

- Backlink dalam setiap entry yang akan SR post sepanjang bulan Disember 2022 ini! 



Selasa, 15 November 2022

Jeruk Viral Cherang

Kalau dah namanya Viral. Tak cuba memang tak sahlah. Apatah lagi kitanya pun hantu bab-bab jeruk..colek buah ni.

Sebenarnya kita tak tahu pun pasal jeruk viral ni sehinggalah adik dekat terengganu tu bagitau. Kebetulan member dia yang kirim. So, dapatlah merasa benda viral dekat tiktok ni.


Jeruk Viral Cherang 

Ok jugalah jeruk viral ni. Cair sikit dan rasanya pun tak adalah manis macam jeruk yang di masukkan ibu jeruk tu. Sedang-sedang je. Budak-budak pun boleh makan.

Apa yang  special rasanya mungkin jeruk buah ni tak masuk ibu jeruk. Itu yang kuahnya cair tak pekat macam jeruk yang pernah kita makan sebelum ini. 

Tapi kalau ikut selera kita memang ok jugalah Jeruk Viral Cherang ni. Kalau tak mana korang sanggup beratur panjang-panjang tu kan.


Harga 

Boleh campur-campur ataupun boleh pilih jeruk mana yang kita nak. Sebungkus camni cuma rm10. So, dapatlah semangkuk jeruknya.

Macam yang kita bagi tau dari segi rasa tu, ok bolehlah. Cuma kalau nak lagi sedap kena tambah cabai burung sikit kot. Bagi ada rasa pedas-pedas sikit tapi bagi korang yang tak suka pedas mungkin dah ok sangat dah rasa jeruk buah ni.

Kuah ianya cair sikit tak macam kebanyakkan jeruk yang kita pernah cuba ataupun makan sebelum ini. Kuah ataupun air jeruknya pun boleh diminum camtu je. Sedap juga nak-nak bila sejuk-sejuk keluar dari peti ais tu. Mungkin ini juga yang special pada jeruk legend Cherang ini. Dihasilkan tanpa menggunakan ibu jeruk ataupun  bahan pengawet. So, rasa jeruknya pun macam biasa ajelah, memang tak terasa di anak tekak pun. 


Bila dah campur-campur  camtu, kita suka buah nenas tu. Mungkin sebab ia masih fresh lagi kot. 
Lagi satu, walaupun ianya tak disimpan dalam peti ais semalaman, rasanya masih lagi ok dan masih lagi elok. Tapi tak taulah perut korang macamana kan.

Lokasi Jeruk Viral Cherang 

Lokasinya ke dalam sikit berdekatan dengan masjid Cherang.  Tapi jangan risau, setiap laluan ianya mempunyai sign board. So, takde lah terkial-jual sangat nak mencarinya tu kan

















Ahad, 13 November 2022

Menang Top Commentator bulan Oktober Jurnal Shikin Razali

Alhamdulillah, terima kasih sis kerana memilih kita sebagai pemenang top commentator untuk bulan Oktober ni. 


Kita happy sangat. Siapa tak happy bila dah terpilih kan .. lagi happy bila dapat hadiah gitu.


Menang Top Commentator bulan Oktober Jurnal Shikin Razali

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Sebenarnya kita dah terima parcel ni dah lama dah. Hujung bulan hari tu cumanya sekarang baru sempat nak up dekat sini.

Kita suka sangat tau gift ni. Memang cute sangat-sangat tau. Tak percaya haaa meh sini kita tunjukkan satu-satu. Yang pasti gerenti buat korang cemburu punya la 😁


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Lawa aje warnanya tu. So sweet sangat 😍😍

Stokin ! Dah rasmi dah.. kebetulan anak buah seorang tu tak sihat. Apa lagi kan


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali


Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Comel sangat ! Sayang pula nak guna

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Getah dan klip rambut 

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

Kitadoksohor,Top Commentator,Jurnal Shikin Razali

So, jika korang nak juga dapatkan gift cantik camni. Jangan lupa singgah shikinrazali.com dan jangan lupa tinggalkan jejak korang dekat situ ✌


Ahad, 18 September 2022

Koleksi Keladi Viral Murah Untuk Dimiliki

Macam-macam jenis..macam-macam pattern. Ada yang besar dan ada kecil. Ada yang mudah hidup dan ada yang susah sikit nak hidup. Pendek kata macam-macam rupa..macam-macam bentuk serta macam-macam nama yang ada. Keunikan itulah yang menyebabkan harga setiap satunya itu meloncat tinggi. Ada jenis keladi yang termurah dan ada jenis keladi yang termahal nilai harganya. Kita sendiri pun tak pasti kenapa sebenarnya. Mungkin keunikan ataupun  warnanya  yang ada kepadanya kot..


Dan bagi peminat dan pengemar hiasan pokok keladi. Ianya bukan sesuatu yang pelik..yang penting kepuasan milikinya tu.


Jual Keladi Viral 

Koleksi Keladi Viral Murah Untuk Dimiliki !!

Berita baik kepada semua peminat dan pengemar pokok keladi hiasan aka Keladi Viral yang tengah hot tu.


Ampire Delima Nursery (ADN) yang bertempat di Ajil, Kuala Terengganu ada menawarkan pokok keladi Viral untuk dimiliki  dengan harga yang cukup berpatutan. Anak pokok keladi pun ada dengan harga serendah rm5 untuk dimiliki.  


Perkhidmatan penghantaran cod juga disediakan disekitar ajil, dungun dan kuala berang.  Untuk  kawasan lain akan dipos. 


Jenis Pokok Keladi Hiasan 

Kalau nak tahu, sebenarnya keladi ini mempunyai pelbagai jenis dan pelbagai bentuk. Ini antara jenis-jenis keladi.


Jenis-jenis Keladi 

Albino 

Mempunyai  beberapa jenis. Ada jenis semua warnanya putih..semua hijau. 


Albino

Albino

Black Magic Variegated 

Black Magic Variegated


Mojito


Mojito


GG 916 
Harga mampu mencecah ribuan ringgit 

GG 916

Mickey 

Suka tengok pokok induk keladi ni. Tinggi batang keladinya tu.

Mickey


Empress

Kita suka anak pokok keladi ni ! Cantik sangat. 


Empress

Double Leaf

Double leaf

Tea Cup 

Tea Cup

Sila Phet

Sila Phet

Sila Gold

Sila Gold

Minyak 

Keladi Minyak

Karipap 

Keladi  Karipap

Pari

Keladi Viral


Cantik-cantik dan unik-unik semuanya bukan?

Untuk info dan maklumat lanjut korang boleh klik link 👉👉 KeladiViral


Keladi Viral, Pokok Keladi hiasan, Nama pokok pokok keladi, Jenis Keladi Termahal Di Malaysia, Keladi Termurah Di Malaysia, Harga Keladi, Jual Keladi 




Sabtu, 16 April 2022

Scan Mysejahtera Tak Payah On Data Internet

Tak ada data internet ataupun wifi pun boleh scan mysejahtera. Sekarang ini pergi mana-mana tempat ataupun kedai wajib bawa handphone masing-masing. Nak kena imbas balkode ! 

Scan Mysejahtera Tak Payah On Data Internet atau wifi 

Tak imbas mysejahtera camne nak masuk! Memang tak boleh masuk la nak-nak pula bila nak masuk pasaraya. Kalau sebelum ni boleh juga tumpang mysejahtera orang sebelah adik beradik, suami isteri, ibu ayah tapi sekarang tak boleh dah. Kena sendiri punya. 


Scan Mysejahtera Tak Payah On Data Internet or wifi


Haa jangan tak tahu,  ada sesetengah pasaraya tu minta kita tunjukkan dulu bukti kita dah terima dos lengkap vaksin ni. Tapi yang tak bestnya kalau tiba-tiba handphone jam! Slow lambat nak respon. Terasa berpeluhlah orang asyik pandang kita macam orang bersalah tu.


Lagi berpeluh kalau tiba-tiba data internet tak ada. Nak scan mysejahtera macamana! Buat-buat tipu scan mysejahtera kan dibuatnya nasib tak baik tertangkap lagi haru. 

Biasalah bila guna top-up ni, kadang-kadang tak sedar data dah habis.  Nak guna wifi bukan semua tempat sediakan. Tapi kalau ikutkan kita tak payah gelabah pun nak scan mysejahtera jika data internet ataupun wifi kita tak ada! Boleh je kita scan macam biasa. On macam biasa juga ianya pun.


Tak percaya korang boleh cuba sendiri tapi.. setakat ini takde masalah lagilah nak scan walaupun data internet ataupun tutup wifi kecualilah jika handphone korang mati. Takda bateri !!.  

Tapi ada sesetengah orang bagitau kalau tak boleh scan juga, boleh try tekan simbol kapal terbang. Tapi yang tu kita tak cuba lagi la..


 

Ahad, 20 Februari 2022

Segmen Giveaway Sii Nurul

 Jom cuba nasib GA Siinurul jom !!

Nak join klik je banner bawah ni. Syaratnya pun mudah je

 



Sabtu, 19 Februari 2022

Keluarga terdekat disahkan positif covid-19

Dalam masa tak sampai seminggu, kejutan demi kejutan yang kita diterima. Dengan pertambahan kes setiap hari yang makin meningkat. Dan sekali lagi kot 'Negeri Cik Siti Wan Kembang' menjadi sebutan ramai gara-gara peningkatkan jumlah kes yang direkodkannya. Nak buat macamana kan .. #taktaunakkomendah 


Dapat berita ramai keluarga dan kawan-kawan rapat yang positif covid-19 ! Semoga semua urusan dipermudahkan dan semoga semuanya cepat sembuh. Aamiin 


Keluarga terdekat disahkan positif covid-19 

Belum pun reda lagi kejutan sepupu depan rumah ni didapati positif dan keluarganya  pun masih lagi dalam kuarantin. Sekali lagi kita dikejutkan dengan berita mak saudara sekeluarga sebelah rumah ni pula ! Setakat ni, tinggal 2 beranak ajelah yang masih negatif.  Yang lain semua dah positif. Allahuakbar, semoga semuanya kuat dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin


Bila dah jadi camni, memang tak dinafikan masing-masing memang akan paniklah. Mulalah risau dan-dan jugalah  terasa sakit kepala, pening, tak sihat nak demam bagai. Nak-nak pula kawasan sini bukannya luas mana. Rumah pun walaupun tak berhimpit tapi sebelah menyebelah jugalah. Selalu jugalah ke sana ke mari.

Kuarantin Kendiri


Kuarantin Kendiri 

Sebaknya rasa bila melihat video mak saudara seorang ni terpaksa dibawa ke pusat kuarantin.  Jika sebelum ini kita melihat orang lain dibawa pergi sudah terasa sayu. Inikan pula ianya terjadi pada keluarga kita sendiri. Hanya Dia yang tahu beratnya rasa dalam dada ni.Walaupun dah nyata dekat sana sah-sah kesihatannya akan dipantau oleh pakar perubatan. Semoga semuanya terkawal dan semoga dia cepat sembuh. Aamiin


Apapun fikir yang baik-baik je. Dalam kita berhati-hati dan berwaspada mengelak semampu yang boleh. Percaturan Dia sahajalah yang terbaik. Hanya Dia yang mengetahui segalanya. 


Kuarantin Kendiri  | Jangan pentingkan diri sendiri 

Pada korang yang dekat luar sana, sama-samalah kita jaga diri sendiri. Janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Usahakanlah untuk kuarantin kendiri sekiranya bergejala ataupun menjadi kontak rapat siapa-siapa yang disahkan positif. Janganlah keluar ke mana-mana walaupun kerajaan dah keluarkan kenyataan untuk fasa pertama, tiada lagi kuarantin kendiri untuk kontak rapat kepada semua petugas kesihatan mulai 15 Februari. 


Kalau bukan kita yang sama-sama mencegahnya siapa lagi. Betul tak